Add

Wednesday, January 19, 2011

Memanaskan Badan

Memanaskan badan dalam sukan bola sepak bererti menyediakan tubuh badan kita sebelum melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Dalam apa-apa jenis sukan pun persediaan badan sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang lasak adalah penting. Di sinilah proses memanaskan badan menjadi sesuatu yang wajib untuk semua pemain bola sepak.

Otot kita akan beroperasi dengan lebih baik. Kita juga tidak akan cedera dengan mudah. Otak kita juga akan lebih cepat berfikir & bertindak balas selepas kita memanaskan badan dengan betul.

Memanaskan badan bukanlah sekadar meregangkan otot semata-mata. Meregang otot adalah sebahagian daripada aktiviti memanaskan badan. Dan kita tidak harus mengelak daripada memanaskan badan walaupun kita terlalu malas melakukannya.

Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam aktiviti memanaskan badan. Aktiviti ini memberi impak yang cukup besar dalam mengurangkan berlakunya kecederaan. Oleh itu, aktiviti memanaskan badan & gerak kendur harus dilakukan sebelum & selepas aktiviti permainan.


Bagaimana kita harus memanaskan badan?


Untuk latihan & perlawanan, kita harus melakukan joging yang ringan dan beberapa larian pecutan. Dengan ini, kita memberitahu badan kita supaya bersedia untuk aktiviti yang lebih fizikal.

Memanaskan badan boleh berlangsung antara 5-10 minit. Bergantung kepada masa yang kita ada, jenis aktiviti & cuaca pada waktu itu. Selepas kita melakukan beberapa pecutan (untuk memanaskan badan), kita bolehlah mulakan dengan regangan yang mudah. Dalam sukan bola sepak, terdapat 3 jenis regangan:

  • statik
  • dinamik
  • PNF
Regangan statik adalah aktiviti permulaan. Ia bermaksud meregang otot tertentu untuk jangka masa tertentu (8 saat). Jangan terlebih regang (over stretch), dan jangan henjut semasa regangan dibuat. Ini untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan otot (koyakan otot). Regangan boleh bermula daripada kaki dan ke atas(atau sebaliknya). Otot yang terlibat ialah:
  • pergelangan kaki
  • betis
  • hamstrings
  • paha
  • perut
  • pinggang
  • belakang badan
  • bahu
  • leher
Kemudian, lakukan beberapa regangan dinamik. Ini adalah untuk menyediakan tubuh badan dengan pergerakan-pergerakan yang spesifik dalam permainan bola sepak (hayunan kaki, pergerakan semasa menanduk dll). Dilakukan secara bersendirian atau berpasangan.

Regangan PNF biasanya digunakan untuk menambahkan kelenturan. Regangan ini biasanya dilakukan oleh ahli gimnas & ahli seni bela diri yang memerlukan kelenturan yang maksima. Regangan ini harus dilakukan secara berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan. 

No comments:

Post a Comment