Add

Monday, January 17, 2011

Latihan Kecergasan - Fartlek

Fartlek bermula pada tahun 1930-an. Perkataan 'Fartlek' berasal daripada perkataan 'Swedish' yang bermaksud 'speed play'. Ia menggabungkan latihan yang berterusan dengan jeda masa. Ia memberi pilihan kepada ahli sukan untuk berlari pada intensiti yang berbeza dengan jarak yang telah dipilih sendiri oleh ahli sukan itu. Latihan ini menekankan kepada tenaga aerobic dan anaerobic.

Contoh latihan fartlek untuk atlet larian.


Watson Fartlek
(sesuai untuk acara 10k, 5k, 3k & merentas desa)

  • 10 minit aktiviti memanaskan badan.
  • Berlari dengan langkah yang luas selama 4 minit dengan 1 minit joging untuk pemulihan tenaga - 8 kali ulangan.
  • 10 minit aktiviti gerak kendur.

Saltin Fartlek
(sesuai untuk acara 1500m, 3k & 5k)
  • 10 mini aktiviti memanaskan badan.
  • Larian dengan langkah yang luas selama 3 minit, joging untuk pemulihan tenaga selama 1 minit - 6 kali ulangan.
  • 10 minit aktiviti gerak kendur.

Astrand Fartlek
(sesuai untuk acara 800m)
  • 10 minit aktiviti memanaskan badan.
  • Larian pecut selama 75 saat, joging selama 150 saat, larian pecut selama 60 saat, joging selama 120 saat - 3 kali ulangan.
  • 10 minit aktiviti gerak kendur.

Fartlek Untuk Permainan Bola Sepak

Fartlek untuk pemain bola sepak harus mengandungi larian, pecutan, joging dan berjalan dengan pelbagai variasi dalam arah pergerakan. Aktiviti kawalan bola, tandukan & sepakan mestilah dimasukkan ke dalam langkah-langkah latihan fartlek.

No comments:

Post a Comment