Add

Tuesday, January 25, 2011

Regim Kecergasan

Suatu regim kecergasan yang bagus adalah penting untuk membina kuasa, kepantasan dan kekuatan yang diperlukan untuk kombinasi larian, pecutan dan lompatan yang digunakan dalam permainan bola sepak. Suatu regim kecergasan yang efektif haruslah mengandungi latihan-latihan dalam aspek yang berikut.

Kepantasan

Latihan-latihan plyometric digunakan untuk meningkatkan keupayaan otot-otot pemain bola sepak untuk mengecut dan meregang secara pantas ketika melakukan pergerakan yang pelbagai (memecut, melompat, berlari dll).

Latihan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masa yang diambil antara berlari dengan berhenti (stopping).

Ini melibatkan latihan-latihan seperti menjengket, lari pecut daripada keadaan berbaring dan 'depth jump' - di mana pemain melompat daripada platform setinggi 5 kaki, dan melonjak ke atas semula sebaik kaki menjejak tanah.

Ketahanan Otot

Seperti mana latihan daya tahan kardiovaskular (seperti berlari dan mendayung), latihan-latihan daya tahan otot adalah penting untuk membina ketahanan otot-otot yang berkaitan dengan permainan bola sepak. Latihan-latihan daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi dan berat.

Latihan Kekuatan

Untuk membina kuasa dan kekuatan pada otot-otot kaki dan tangan, latihan bebanan adalah aspek penting dalam regim kecergasan. Latihan-latihan yang dibuat menyasarkan otot-otot tertentu seperti kaki, hamstring, biceps, triceps dan otot bahu.

Koordinasi

Untuk membuat hantaran bola yang efektif, pemain-pemain memerlukan koordinasi mata-otak-badan yang baik. Ini boleh ditingkatkan dengan latihan kepada kemahiran motor tubuh badan bagi membolehkan tubuh badan bereaksi secara spontan dalam pelbagai situasi di atas padang. Latihan tangga (ladder drills) adalah cara yang efektif untuk meningkatkan kemahiran motor.

Regangan

Seperti mana sukan-sukan yang lain, regangan yang baik adalah sangat penting sebelum dan selepas latihan memastikan otot dalam keadaan elastik dan mengelakkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment