Add

Wednesday, December 4, 2013

CORAK PERMAINAN ARSENAL - MUSIM 2013/14

Arsenal kali ini (musim 2013/14) agak berbeza dari segi permainan mereka.

Apa yg paling menonjol ialah player arsenal menggunakan ONE TOUCH PASSING skills dalam game play mereka.



Boleh dikatakan one touch passing skills yang digunakan ini telah menjadikan permainan Arsenal lebih stabil ketika bertahan, dan lebih mengancam ketika menyerang.

Sudah tentu dengan mempraktikkan one touch passing ini akan menyukarkan pihak lawan daripada mendekati player Arsenal (with the ball) ketika menyerang. Pihak lawan sukar menjangka ke mana bola itu akan dihantar kerana one touch passing akan memastikan bola itu sentiasa bergerak dan tidak kekal lama di kaki pemain Arsenal. Justeru, serangan Arsenal menjadi lebih mengancam kerana ianya sukar hendak dijangka.



Bagi pihak lawan pula, mereka akan menghadapi kesukaran dalam menyekat permainan Arsenal (ketika menyerang) kerana bola sentiasa bergerak dari satu pemain ke satu pemain yang lain. Maka, mereka hanya mampu untuk mengejar dan melihat sahaja bola itu berlegar-legar di kalangan pemain Arsenal.



Pengurus Hull City (selepas perlawanan Arsenal vs Hull pada 4 Disember 2013), Steve Bruce, menyatakan "We couldn't get near them, we sat and watched them dance round us but we hat to stay at it."
Tambahnya lagi, "..... their possession, one-twos, breathtaking."

Pihak lawan juga akan sentiasa berada dalam tekanan kerana bola terlalu pantas bergerak. Jadi ini akan menyebabkan pertahanan lawan akan mudah melakukan kesilapan (disebabkan oleh keletihan mengejar bola atau pressing).

Pihak lawan mungkin terpaksa bermain secara pressing (mengasak pemain yang memegang bola) + man marking. Tetapi taktik ini lebih berjaya jika pasukan lawan itu mempraktikkan permainan yang biasa (tempo yang biasa). Taktik ini kurang berjaya ke atas Arsenal kerana pihak lawan perlu lebih pantas dalam gerakan pressing mereka, dan ini memerlukan tenaga yang cukup banyak.

Apabila pihak lawan sudah keletihan atau terleka (disebabkan tempo permainan Arsenal yang tinggi), pada masa itu akan terbuka peluang untuk pemain Arsenal menembusi pertahanan pihak lawan. Ini dibuktikan dengan kejayaan pemain-pemain midfield Arsenal yang berjaya menghasilkan gerakan yang menghasilkan gol.



Gol epik Jack Wilshere (Arsenal vs Norwich City, 19 October 2013) adalah bukti one touch passing yang berkesan ke atas kubu pertahanan lawan. One touch passing yang dipraktikkan oleh gabungan Santi Cazorla, Olivier Giroud dan Jack Wilshere (four touches in about 3 seconds) adalah gol paling cantik yang pernah dihasilkan oleh Arsenal.



Steve Bruce menyatakan dalam temu bual selepas kekalahan pasukannya kepada Arsenal (4 Disember 2013) "...... they're a very difficult side to play against because of their sheer quality." Dan Steve Bruce memberi keyakinan yang Arsenal mampu mencabar kejuaraan untuk musim 2013/14 ini.

Asked if he felt his side had lost to the eventual Premier League winners, Bruce responded: “Why can they not? Everybody’s stuttering along, the only one who isn’t is this lot, they keep winning, so why not?”


Sumber rujukan:
1. http://www.goal.com/en-gb/news/2896/premier-league/2013/12/04/4455340/hull-boss-bruce-backs-arsenal-for-premier-league-title?ICID=CP_94
2. Youtube

Friday, August 30, 2013

Anti Arsenal Arsenal

Anti Arsenal Or Pro Arsenal

Sekiranya kita melihat dalam blog/page/group yang membincangkan tentang Arsenal, kita akan terjumpa dengan suatu kumpulan yang membanjiri ruangan komen (sama ada dalam blog atau Facebook) dengan komen-komen yang kurang menyenangkan tentang Arsenal, BODs, pengurus, dan pemain. Mereka ini sangat kritikal (dalam banyak hal, mereka selalunya menentang) terhadap kelab, pihak pengurusan, pemain, malah terhadap penyokong yang bertentangan dengan falsafah/fahaman mereka.

Mungkin kita dapat mengenali mereka berdasarkan ciri-ciri dibawah:

1. Anti Logik
Kumpulan ini tidak mengambil kira fakta-fakta atau logik di dalam komen mereka. Apa yang cuba difokuskan ialah bahawa ~ pengurus, pemain, BODs adalah bersalah (guilty) terhadap apa yg telah berlaku. Sekiranya anda berhujah dengan memberikan fakta-fakta tertentu, balasan yang anda dapat hanyalah komen-komen yang negatif, provokasi atau pun yang berbentuk sarcasm. Malah ada yang sanggup menggunakan kata-kata yang kurang sopan.

Ada segelintir yang cuba berhujah dengan fakta-fakta lain, justeru menjurus kepada analisis yang berlainan. Mereka ini bukanlah Anti Arsenal kerana mereka masih boleh berfikir dan berdiskusi secara harmonis. Namun bagi Anti Arsenal, keputusan (bahawa pengurus, pemain, BODs bersalah (guilty)) yang telah dibuat oleh mereka adalah muktamad. Tidak ada hujah lain (walaupun disokong oleh fakta-fakta yang jelas) akan mengubah pendirian mereka.


2. The Anti-Evidence group
Bukti-bukti data statistik, misalnya Olivier Giroud yang menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan musim 2012/13 akan diperkecilkan. Apa yang ingin difokuskan oleh mereka ialah, Giroud bukan striker yg bagus, tidak sesuai sebagai lone striker, mempunyai first touch yang lemah dan sebagainya. mereka akan menumpukan kritikan terhadap Giroud pada ketika Arsenal tewas, atau pada ketika Giroud tidak dapat menjaringkan gol. Fakta Giroud pernah manjadi penjaring gol terbanyak dalam Liga Perancis juga akan dilupakan.


3. Pemikiran Yang Berbentuk Negatif
Pemikiran yang berbentuk negatif adalah ciri utama mereka. Tanpa bergantung kepada fakta dan logik, komen mereka adalah dalam bentuk yang sangat negatif. Sekiranya anda memberikan hujah yang berlawanan dengan pemikiran mereka, apa yang anda akan dapat hanyalah provokasi, sarcasm ataupun penghinaan.

Mereka akan cuba mencetuskan suasana negatif dengan memberikan gambaran buruk terhadap hampir semua isu (pengurus, pemain, BODs). Antara isu-isu yang menjadi kesukaan mereka ialah:


  • kemarau trofi yang menjangkau 8 musim
  • kurangnya kemasukan pemain-pemain bintang
  • setiap kali Arsenal tewas
  • kadang kala, ketika Arsenal menang (walaupun menang selesa)
  • kritikan terhadap pemain terpilih (Ramsey, Diaby, Giroud, Gervinho dan lain-lain)
  • kritikan terhadap Arsene Wenger (taktik, kesebelasan utama, subs, dan lain-lain)

4. Jalan Penyelesaian Mereka Cukup Mudah
Mereka mempunyai jawapan kepada segala kepincangan yang berlaku di Arsenal, dan ianya sangat mudah bagi mereka. Tukar pengurus, semuanya akan jadi baik. Simplicity is the word for this one. Jika mana-mana pemain tidak sesuai di mata mereka, jual saja pemain-pemain itu. Dalam pasaran pemain, Arsene Wenger digesa supaya membida pemain-pemain tertentu. Bida dengan harga yang tinggi, tawarkan gaji yang tinggi. Ianya cukup mudah.


5. Serangan Terhadap Arsene Wenger
Mereka menyatakan kritikan (yang biasanya akan bertukar kepada kutukan) terhadap AW. Kumpulan ini akan menyatakan AW sudah tidak relevan. Taktik yang digunakan sudah lapuk. Pasukan lawan sudah mengetahui cara-cara mengatasi permainan Arsenal dan sebagainya. Apa sahaja yang dilakukan oleh AW akan diteliti melalui mikroskop untuk dicari kesalahan. Seperti yang disebutkan di awal tadi, hujah mereka biasanya tidak disokong oleh fakta.

Misalnya, mereka mengkritik apabila AW mengeluarkan Oxlade Chamberlain dan digantikan dengan Abou Diaby. Akan ada dua isu yang akan mereka timbulkan di sini. Yang pertama, mengapa Chamberlain ditukar? Kerana di mata mereka Chamberlain bermain dgn bagus, walaupun sebenarnya taklah bagus sangat. Yang kedua, mengapa masukkan Abou? Kerana mereka melihat Abou tidak layak bermain. Kebiasaannya, seseorang pemain itu dikeluarkan oleh AW atas dua sebab. Yang pertama, prestasi yang kurang bagus di atas padang, atau yang paling penting, atas sebab kecederaan. Pernah terjadi AW dikritik kerana mengeluarkan Chamberlain, tetapi ternyata selepas perlawanan, Chamberlain disahkan mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi untuk beberapa minggu.

Kumpulan ini sangat memusuhi AW. Walaupun hakikatnya kita harus berterima kasih kepada AW atas kesetiaannya kepada kelab walaupun diberikan banyak sekatan dan halangan. Namun, itu bukanlah isunya. Dalam pemikiran mereka, AW harus pergi.

6. Serangan Terhadap Pemain
Mereka suka menyerang pemain-pemain tertentu tanpa belas kasihan. Serangan mereka akan bertambah rancak sekiranya kebetulan Arsenal kalah ataupun seri. Kalaupun menang, pemain-pemain itu terus dikutuk atas sifat kebencian yang melampau.

Antara pemain-pemain yang pernah/masih menerima serangan/kutukan ialah:
  • Abou Diaby
  • Aaron Ramsey
  • Bakary Sagna
  • Theo Walcott
  • Andrey Arshavin
  • Gervinho
  • Marouane Chamakh, dan lain-lain
Mereka tidak mengkritik menggunakan hujah-hujah yang bersifat ilmiah. Tetapi lebih kepada kutukan menghina, mengeji, seterusnya memaki-hamun.

7. Bersikap Negatif Seawal Minit Pertama
Kumpulan ini akan bersikap negatif seawal wisel ditiupkan pengadil. Perkara ini telah berlaku sejak beberapa musim. Terbaru, mereka berharap agar Arsenal tewas kerana marahkan AW yang masih belum membeli pemain. Sudah ada sentimen agar Arsenal terus kalah hingga jatuh liga, agar AW dapat digantikan. 

Juga boleh kita jumpa ayat-ayat yang memperkecilkan kemenangan tertentu. Dengan alasan, kita bernasib baik, ataupun kita melawan team yang sangat lemah. Maksud mereka, pasukan Arsenal tidaklah sekuat mana pun berbanding Manchester City yang sanggup berbelanja besar dan mempunyai ramai pemain bintang.

8. Kelab Diurus Dengan Teruk
Mereka memusuhi BODs, Stan Kroenke, Arsene Wenger. Tetapi AW akan mendapat paling kerap mungkin kerana berpendapat AW adalah lebih senang untuk dijatuhkan.

Antara rungutan yang biasa dinyatakan oleh mereka dalam menjustifikasikan bahawa kelab diurus dengan teruk ialah:
  • kelab tidak aktif dalam membawa masuk pemain baru
  • pemain-pemain penting dijual untuk mendapatkan keuntungan peribadi
  • AW sering membawa masuk pemain-pemain muda dan murah
  • harga tiket yang sangat tinggi dan tidak setimpal dengan hasil di atas padang
  • kelab tidak pentingkan kejuaraan, hanya pentingkan keuntungan


Mungkin ada beberapa lagi ciri lain yang berkaitan dengan mereka. Tetapi lapan ciri di atas mungkin memberi sedikit kefahaman terhadap kumpulan Anti Arsenal ini. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Artikel ini dihasilkan berdasarkan artikel "Understanding the Anti-Arsenal-Arsenal" oleh Tony Attwood.
Ruj: