Add

Sunday, January 23, 2011

Kecergasan Dalam Bola Sepak

Sejak tahun 1970-an, aspek kecergasan fizikal telah menjadi satu bahagian yang penting dalam permainan bola sepak. Kebanyakan pertahanan (kiri & kanan) dikehendaki berlari di sepanjang sayap kiri atau kanan padang. Manakala pemain penyerang (striker/midfielder) sering terpaksa mengejar bola apabila diserang oleh pasukan lawan. Secara purata, seorang pemain profesional berlari kira-kira 6-9 kilometer (4-6 batu) untuk setiap perlawanan. Sebahagian pemain tengah berlari 13-15 kilometer (13-15 batu) untuk sesuatu perlawanan.

Tidak ada rutin kecergasan yang 'sempurna' yang harus diikuti oleh seseorang pemain bola sepak. Setiap latihan pula adalah berbeza dari segi matlamatnya. Apakah yang perlu kita lakukan untuk kecergasan diri? Untuk mengetahui jawapannya kita perlu tahu pelbagai kaedah latihan kecergasan dan tahu kesannya terhadap permainan bola sepak. Pengetahuan ini akan membantu kita dalam merangka latihan kecergasan untuk diri sendiri.

Kategori di bawah adalah senarai latihan kecergasan yang berbeza berdasarkan fungsi latihan itu sendiri.

  • kepantasan & ketangkasan
  • kelenturan & memanaskan badan
  • kecergasan anaerobic
  • kecergasan aerobic
  • fisiologi bola sepak

No comments:

Post a Comment