Add

Wednesday, March 9, 2011

Diet Pemain Bola Sepak

Seperti kebanyakan ahli sukan, pemain bola sepak harus mengekalkan diet yang ketat untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sangat cergas. Pada masa lalu, kita mungkin melihat pemain-pemain bola sepak di pub-pub tertentu menikmati pai daging & beberapa gelas besar arak pada malam sebelum hari perlawanan. Masa itu telah berlalu. Kita sekarang berada di era yang baru di mana aspek pemakanan amat penting kepada ahli sukan.

Makan Dengan Betul

Pertama sekali & yang paling penting, makan dengan betul adalah kunci utama dalam mencapai kecergasan badan. Kita tidak boleh makan terlalu banyak kerana ia akan menambahkan berat badan kita. Namun, kita juga tidak boleh kurang makan kerana ia akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk menjalani latihan & untuk menghadapi perlawanan. Kita juga perlu memastikan apa yang kita makan adalah yang terbaik untuk tubuh kita. Makan banyak cokelat nampak menyelerakan tetapi ia tidak akan memberi kuasa tambahan dalam kepantasan kita pada hari perlawanan.

Karbohidrat

Ini adalah unsur penting untuk pemain bola sepak dalam mengekalkan kecergasan & mencapai kecemerlangan dalam sukan. Karbohidrat membantu otot-otot melakukan proses pemulihan selepas penat berlatih. Ini sangat penting kerana ia (proses pemulihan) bukan sahaja memeastikan badan kita sentiasa sihat, tetapi memberi kita tenaga untuk berlatih lebih kuat & lebih lama. Kita perlu makan banyak makanan yang mempunyai glikemik yang tinggi (high glycemic food) kerana ia adalah yang terbaik untuk pemulihan otot.

Makanan seperti roti, pasta, nasi & kentang bakar mempunyai banyak karbohidrat yang diperlukan selepas menjalani latihan. Sebaik sahaja selesai bersenam, sesi latihan atau pun perlawanan, kita memerlukan karbohidrat yang cepat diserap. Makanan seperti muffin, pisang dan biskut beras akan memberikan anda tambahan tenaga yang cepat. Minuman isotonik seperti 100 Plus & Lucozade Sport adalah lebih baik daripada air biasa ia memberi tenaga terus kepada bahagian badan yang memerlukannya dan memulihkan hidrasi badan dengan lebih pantas.

Protein

Protein juga penting dalam makanan seimbang. Protein boleh ditukar menjadi lemak & disimpan seperti karbohidrat. Sumber protein adalah produk tenusu seperti susu, yogurt, daging & ayam.

Air

Salah satu langkah ke hadapan ialah apabila minuman isotonik diperkenalkan. Secara saintifiknya, apabila sodium diserap ke dalam darah, ia membawa sekali air bersamanya yang mana ia menggantikan garam yang hilang daripada sistem badan melalui peluh. Itulah aspek penambahan penting apabila kita mengambil minuman isotonik.

Elektrolit adalah dalam bentuk garam yang hilang melalui peluh. Ini terdapat dalam minuman isotonik. Pengambilan minuman ini ke dalam sistem badan akan membantu sistem penghadaman dan osmosis cecair yang memasuki badan dan otot. Ini sangat penting kerana ia membantu otot pulih lebih cepat & mengelakkan masalah dihidrasi.

Tanaga yang terdapat dalam minuman ini wujud dalam bentuk glukos. Pengambilan minuman ini akan membantu otot bekerja lebih lama, manakala pengambilan selepas itu akan mempercepatkan pemulihan otot kita.


Diet Untuk Seminggu

Ini adalah gambaran kasar jenis diet yang perlu diamalkan untuk mendapatkan kecergasan tubuh yang optimum dan mengekalkan pada tahap puncak (tidak dipengaruhi oleh jenis latihan & regim latihan):

Sarapan pagi: Tumpukan kepada bijirin seperti Bran Flakes, Shredded Wheats & yang sama dengannya. Roti juga bagus sama seperti muffin.



Makan tengah hari: Makanan seperti ubi kentang bakar dengan kacang atau ikan adalah sesuatu yang sangat bagus. Kebanyakan ikan mempunyai kandungan lemak yang rendah berbanding ayam atau daging. Roti sandwich adalah sumber yang baik untuk semua kumpulan makanan selagi ia tidak disapukan dengan mentega di samping mempunyai gabungan makanan yang sihat. Contoh yang baik ialah fresh chicken salad.

Makan malam: Harus menjadi makanan utama untuk hari itu. Ayam, pasta, nasi, daging tanpa lemak dengan kentang bakar & sayuran hijau akan menjadikannya makanan yang sihat dan kaya dengan karbohidrat.

Makanan seperti cokelat yang diambil ketika menjalani latihan akan mengembalikan tenaga dengan pantas. Namun, pengambilan cokelat bukan pada waktu menjalani latihan akan menyebabkan ia disimpan sebagai lemak.

Minuman untuk sepanjang hari adalah terdiri daripada jus buah-buahan, minuman isotonik dan air biasa.